...SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK...


Assalammualaikum semua...

Ari ni dah Ramadhan ke-3 bermakna dah 3 ari umat Nabi Muhammad berpuasa. Agak penat ari ni wlaupun aku xwat keje pape pun. Don't get me wrong, actually sangat banyak keje jz keje aku rini dok ats kerusi  ngadap komputer jer..

Fenomena yang biasa kite lihat biler time bulan puasa adelah bubur lambok, bazaar ramadhan etc etc..
Oo, sebelum terlupa nak ucapkan bebanyak tenkiu kepada para pilot di opis ku ini coz rini aku dapat bubur lambok pree..yiipiiieee~ bubur lambok pakcik hassan kampung baru tau~ siap de tampal gambor pakcik hassan ketayap janggut panjang lagi kt penutup tupper ware tu heheee~ tenkiu bro2 sekalian. Lenkali bagi la lagik..\^_^/ kepada bro aril, manenyer k.ep.cee??..kami tunggu da lamerrrrr tau.. da 2 bln kami tunggu, bler mau melanjer? huhu~ Kami tuntut!...

Semalam time nak balik, kat ktm bank negara line pelabuhan klang gan seremban de 2, 3 orang jatuh cz tergelincir. Agaknyer lantai licin kot. Xtau la licin sebab pe cm de minyak je atas lantai tu. Aku tgk dari jauh je keadaan lantai tu. Cam berminyak yang jenis tepu tu.

Time balik opis hour, semua pekerja berpusu-pusu nak balik( ini termasuk diri aku sendiri). Nak-nak sekarang ni bulan puasa. Begitu ramai nyer la orang. Aku ngah duduk2 (ekceli ngah tunggu tren nk blik umah. Kn da time balik. Aku nk turun KL sentral jer) kat women area line pelabuhan klang pastu terkejut dengar de suara menjerit. Termelatah sambil berdiri aku kat situ. Terkejut punya pasal. Nampak sorang akak ni jatuh terduduk. Yang bagusnya rakyat Malaysia ni semua baik-baik xkira bangsa dan keturunan, dorang datang ke arah akak tu and tolong papah akak tu bangun.

Aku duduk balik tunggu tren. Lambat ya amat la tren ni. 2 ari lepas awal kemain. Xsempat aku nk berangan, dgr lagi suara pompuan menjerit. Sorang lagi jatuh terduduk. Seorang makcik. Sorang mamat, abangla aku rase berlari-lari anak ke arah makcik tu. Die nak tolong papah. Tp time tu da de orang tolong makcik tu bangun. Tapi makcik tu duduk diam. Lama dia duduk urut kaki sambil mengerang perlahan sakit~ sakit~ .

De sorang uncle chinese 'rambut tepi botak tengah' tarik tong sampah biru yang besar sebagai benchmark 'tempat ini merbahaya. Dilarang lalu di kawasan ini'.  Kemudian datang seorang lagi uncle chinese perut boroi lapik kertas kat area licin tu sambil mengesat2 dengan menggunakan kakinya. Seorang pakcik melayu bercermin mata turut datang tolong mengesat lantai dengan menggunakan kertas tadi.  So, orang yang lalu lalang semua dapat avoid dari jatuh kt area licin tu.

Aku yang melihat dari jauh hanya tersenyum kecil.(bukan tanak tolong, aku dok jauh dari tempat kejadian huhuu~ percayalah!) Betapa 1 Malaysia nyer rakyat kita ni sebenarnya. Sifat tolong menolong dan saling bantu membantu telah dipupuk sedari kecil lagi sebenarnya. Cuma, di zaman siber ni anak-anak muda seakan mengamalkan sifat 'jaga tepi kain sendiri'.

So, di bulan yang penuh barakah ini marilah kita menjauhi sifat racism. Pupukla sifat perpaduan tidak kira agama, bangsa dan negara. Kita makmurkan negara Malaysia menjadi negara yang aman dan damai dari sebarang tunjuk perasaan. bentuklah sifat tolak ansur dan saling menghormati sesama kita.

Akhir kalam, selamat menunaikan ibadah puasa kerana puasa itu mengajar kita erti sabar. ^_^

~Peace no war~

nota kaki : cik yuyu ingin mengucapkan salam ramadhan kepada diri sendiri~ tidak lupa juga kepada ayah gan mak di benut serta abang n kakak ipar, adik-adik, mak sedara,  n pak sedara yang dicintai , kazen-kazen yang tersayang  serta anak-anak buah yang dikasihi....

Comments

Popular Posts