...jenny vs kelisa 2...


Bab 2

"Ikan Kelisa (bahasa Inggeris: Arowana) juga dikenali sebagai "Dragon Fish" atau "Bony-tongued Dragon" oleh sesetengah masyarakat Cina serta para pengeksport atau pengimport khususya, adalah spesis ikan hiasan eksotik air tawar yang amat diidamkan oleh kebanyakan pemelihara ikan hiasan akuarium. Ini adalah kerana spesies ini mampu mempamerkan keasliannya sebagai ikan hiasan klasik yang bermutu tinggi."

'Bila la aku dapat beli ikan kelisa ni. Mahal tak hengat uhuh..' Yuyi berbaring didepan televisyen sambil menonton rancangan Agro Jurnal di RTM 1.
 
Baju kurung kuning bunga pink nya masih tersarung di badan. Maghrib semakin menghampiri. Tanda-tanda untuk menunaikan fardhu yang wajib tidak tergerak untuk melaksanakannya. Mata asyik memandang ikan-ikan kelisa yang pelbagai saiz dan warna. Fikiran mencari ikhtiar untuk membeli walau seekor ikan kelisa untuk dijadikan peliharaan.
 
Selama ini, hanya ikan laga warna warni yang berada di atas rak bukunya itu saja yang dipelihara. Ini adalah kerana bentuk, kepanjangan dan warna ikan laga seakan-akan sama dengan ikan kelisa idaman hati. Kiranya ikan laga = miniture ikan kelisa. Eheh!
 
'Tak dapat ikan kelisa, ikan laga pun boleh laa..' tutur nya perlahan lebih kepada diri sendiri. Hanya untuk menyedapkan hati. Dilarikan matanya dari televisyen ke atas rak buku. Dipandang lama. Tidak berkerdip.
 
'Uit..Cik Yuyi, ko da maghrib ke belum ni?..Da nak masuk Isya' da tu. Mandi pun idak. Udah-udah la tu gan ikan kelisa peberet tu. Mana lebih penting minah uiii~'

Oops..itu adalah suara Ustazah pilihan, ustazah Alia. Roomate aku sejak 2 tahun yang lalu. Kami satu negeri tetapi berlainan daerah. Seorang yang sangat bermulut lancang kalau bab-bab nak suruh housemate solat. Pernah sekali (err..sebenarnya ade lah beberapa kali, jadi subuh gajah) dia terlajak tidur lalu terlepas solat subuh, merah telinganya seperti bontot kera kerana dileter dengan Alia. Satu hari non-stop. Semua hadis-hadis yang diketahui dikeluarkan sampai Yuyi terasa keinsafan. Bagus dia ni. aku suka kawan dengan dia.(Ini bukan ayat perli. Aku memang sangat suka berkawan dengan dia. Serius!.)

'Baiklah Ustazah Alia. Saya akan menunaikan Maghrib sekarang juga.' Dari terbaring Yuyi terus duduk seperti terkena kejutan elektrik. Tersengih memandang Alia. Sambil matanya melihat jam di dinding, dia bergerak bangun  untuk melakukan tugas wajib bagi umat Nabi Muhammad s.a.w.

-----------------------------------------------------------

'Meowww...meowww...' anak kucing kuning menggesel-gesel di kaki Zain. Minta dimanja. Ekornya digoyang-goyang dan sesekali mendongak memandang Zain dengan mata bulatnya itu. Kemana saja Zain bergerak dia terus setia mengekor sambil menggesel manja. Zain berlari, dia turut berlari sambil menggoyangkan ekor. Gembira. Sekurang-kurangnya tekanan kerja di pejabat tadi semakin berkurang. Terapi untuk orang lelaki bujang sepertinya adalah bermain dengan anak kucing yang comel. Eheh!

Zain tersenyum melihat telatah anak kucing kuning itu. Dia turut bermain ala aci kejar sambil ketawa gembira. Diambil seutas tali di dalam kabinet dapur lalu di ikat hujung tali itu dengan gabus dan dilarikan diatas lantai. Diheretkan saja gabus itu di atas lantai sambil berlalu ke ruang tamu.

'Eh, mana perginya anak kucing ni?..' Zain tercari-cari si seluruh ruang tamu. Bawah kerusi, bawah meja, setiap ceruk. Tiada. Dia menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Pening memikirkan ke mana anak kucing itu menghilang. Baru sebentar tadi dia main aci kejar dengan anak kucing kuning sebelum berlalu ke dapur untuk mengambil tali untuk dijadikan alat bermain anak kucing kuning itu.

'Aik~..Pelik!..Anak kucing jelmaan ke yang aku bawa balik tadi?..' Zain berdiri terdiam. Lalu dibacanya doa pelindung.


وَجَعَلْنَا مِن بَيْنِ أَيْدِيهِمْ سَدًّا وَمِنْ خَلْفِهِمْ سَدًّا فَأَغْشَيْنَاهُمْ فَهُمْ لاَ يُبْصِرُونَ

Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat. [Surah Yasin Ayat 9]


'Tapi anak kucing tu kaler kuning bukan hitam. Lagipun mata anak kucing tu berkelip-kelip'. Terbayang dimatanya anak kucing kuning mengeoww di kaki nya sambil mendongak memandang Zain sambil mata bulat anak kucing kuning itu terkedip-kedip.

Zain memandang ke sekeliling ruang tamu serta ke pintu dapur. Tiada.  Lalu dia berjalan ke koridor. Sliding door ditutup. Langsir ditarik penuh menutupi sliding door.  Zain melangkah ke sofa lalu mencapai remote control yang berada di atas meja. Punat 'on' di tekan. Rancangan Agro Jurnal di TV1 memenuhi ruang.

Zain menukar siaran, mencari rancangan sukan. Channel 814 perlawanan bola antara Malaysia dan Singapura yang diadakan di Stadium Negara Bukit Jalil sedang berlangsung.  Negara jiran berlawan merebut tempat untuk ke perlawanan dunia mewakili Asia.

Keadaan seri tanpa jaringan. Malaysia perlu mendahului mata 2-0 jika ingin melayakkan diri ke perlawanan dunia. Di stadium Negara Bukit Jalil keadaan semakin tegang. Penyokong kedua-dua negara bersorak untuk menaikkan semangat pemain-pemain. Semangat dan sorak sorai rakyat Malaysia memberikan kekuatan kepada pemain-pemain negara. Keadaan hingar dengan pelbagai jenis bunyiaan serta nyanyian. 

Tatkala keadaan semakin menarik di antara kedua-dua negara untuk menjaringkan gol, Zain terdengar jeritan suara. Lantas segera dia bangun menuju ke beranda. Sliding door dibuka. Kepalanya dijengulkan ke luar. Bunyi kecoh di rumah sebelah. Seketika, kelihatan seekor anak kucing berlari merentasi beranda jiran sebelah menuju ke beranda rumahnya.

'Eh, anak kucing kuning.' Zain berbisik perlahan. Zain memerhati anak kucing kuning berlari dan masuk ke dalam rumah Zain melalui pintu sliding door menuju ke atas sofa. Lalu anak kucing kuning itu baring mengadap Zain sambil mengiau memanggil Zain datang ke arahnya.

'Kau pergi mana ha?..Puas aku cari ko tadi.' anak kucing kuning mengiau manja. Zain mengelus-ngelus kepala anak kucing itu. Diusap-usapnya leher anak kucing itu sampai terlentuk-lentuk kepala anak kucing kuning itu.

' Da makan belum? Kau buat apa kt rumah sebelah tadi? Aku cari kau merata tadi, tau tak Jenny.' Tanya nya terus. Seketika Zain terdiam. Termenung. Seakan mengimbau kenangan lalu.


Comments

Popular Posts