...jenny vs kelisa 1...


BAB 1

'Go away you, stray cat!!...i dun like you!!'...

Yuyi menjerit bagaikan nak terkeluar anak tekak. Dia sangat-sangat tidak menyukai apa-apa jenis kucing..tak kira la kucing parsi yang berbulu lebat, berekor panjang atau pun bermata bulat bak biji guli seperti watak kartun pussy in boots. Dia seorang yang penggeli dan amat takut kepada binatang yang berbulu.

Yuyi, pemilik nama Sarah Ayuni binti Azhari penggemar binatang yang bersisik terutama nya ikan kelisa yang bersisik keemas-emasan. Sebab utama dia tidak menyukai kucing kerana kucing suka makan ikan. Begitu klise bunyi nyer tapi itu adalah kenyataan nyer. Heh!

'Ish!! pergilah main jauh-jauh sana. Kau nak kene pukul ke hah kucing..jangan sampai sifat keibuan yang ada di dalam diri aku ni semakin tipis..shush!! shush!...' Yuyi membebel sambil mengibarkan tangan nyer ke arah anak kucing berbulu kuning itu.

'Meowww...meowww..' anak kucing itu mengeow sambil semakin menghampiri Yuyi.

'Ya Allah, tabahkanlah hatiku dan imanku ini. Aku tak nak jadi pembunuh. uhuh~  kang naya je kuar berita dengan tajuk utama "Seekor kucing dibunuh dengan kejam hanya kerana kucing itu menggesel kaki"
boley jadik popular tahap tak hengat kang aku. Ko nak masuk berita yer kucing.' Yuyi bertanya sambil menjegil kan mata nyer. Besar. Bulat.

Tapi, anak kucing itu tetap menghampiri Yuyi. Sambil menggoyang-goyang kan ekor nya, anak kucing berbulu kuning itu seakan tersenyum mesra ke arah Yuyi.

'Ooo..kau senyum2 perli yer..' Yuyi mengundur 2 tapak ke belakang lantas terus berlari pecut gaya  Watson Nyambek. Dengan keadaan di tangan kanan ada bungkusan makanan yang dibeli selepas balik kerja manakala tangan kiri nya bergayutan sebijik helmet hitam berkilat, dia berlari di koridor tingkat 4 menuju ke pintu rumah dalam masa 4 saat sahaja. Takut kucing punya pasal. Heh!..

Dalam keadaan kalut, kunci rumahnya terlepas dari genggaman dan jatuh ke lantai. Dia menoleh ke belakang melihat anak kucing itu tidak kurang lajunya berlari ke arahnya sambil mengeoww manja seakan-akan gembira melihat Yuyi berkejaran dengannya di koridor itu.

Dalam keadaan terbongkok untuk mengutip kunci rumah, Yuyi menjulurkan tangan kiri yang bergayutan helmet hitamnya untuk dibuat halangan agar anak kucing itu tidak mengenai kulitnya dan mengakibatkan kegeliaan berlaku pada dirinya.

'Shush!..Shush!...Shush!...Aaaaaaaa!' Anak kucing semakin menghampiri. Dalam kiraan 5 saat Yuyi menjerit lantang sambil memejamkan mata.

'Eh!, xde rase geli pun, ke aku da imune dengan bulu kucing?..' dia membuka mata dan melihat sepasang kaki dihadapannya. 'Eh! kaki sapa pulak ni berdiri depan muka aku ni? Hantu galah ke?..Ish, merepek je siang-siang mana ada hantu'...Dalam keadaan kalut, Yuyi mengangkat muka untuk melihat siapa empunya kaki yang berkasut Dr.Cardin wooo~ pure leather nyer pulak tu. Kalau kena air memang nahas ler. 'kihkihkih' Yuyi nak ketawa dalam hati tapi dia terketawa kuat.

Sambil mendongak, dia melihat muka anak kucing tu betul-betul dihadapan matanya. Dalam keadaaan terkejut, Yuyi mengundur ke belakang lalu jatuh terduduk.

'Ah~ sakit pungkok. Sakit pungkok'. Sambil menggosok-gosok belakang badannya, dia memandang tepat ke arah anak kucing yang berada di tangan seorang lelaki yang berdiri tegak sambil memerhatikannya.

'Dengan kucing yang comel ni pun nak takut ke?..' sepatah kata dari lelaki kasut Dr. Cardin sebelum dia berlalu masuk ke rumahnya yang hanya terletak bersebelahan rumah sewa Yuyi.

Yuyi yang kesakitan hanya diam melihat lelaki kasut Dr. Cardin berlalu masuk ke rumahnya. 'Eh, bukan abangla ke yang duk umah sebelah?..Sejak bile pulak jiran sebelah tukar orang?..' Yuyi menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal sambil berfikir sejak bila lelaki kasut Dr.Cardin mula menetap di kawasan apartment itu. Dan sejak bila dia tidak lagi menghidu aroma rempah ratus kari yang selalu di masak oleh abangla-abangla setiap malam?....





Comments

Popular Posts