...JeNNy vs Kelisa...



BAB 5

Pap!. Zain menghempaskan fail di atas mejanya. Kusut. Itu yang dirasakan apabila bertemu dengan pembekal sebentar tadi. Ketukan di pintu menarik perhatiannya. Seorang gadis berbaju kurung berbunga merah berjalan menghampiri mejanya.

“En.Zain,  Tuan Haji Tarmizi suruh saya bagi dokumen ini untuk encik semak sebelum ditandatangan. Tuan haji bercuti selama seminggu mulai hari ni. Saya baru dapat call dari dia pukul 10 pagi tadi.” Terang Nalita, setiausaha Tuan Haji Tarmizi, Pengarah Pengurusan di Bahagian Khidmat Pengurusan panjang lebar.

“Dokumen apa ni? Urgent ke?” tanyanya seraya mengambil sampul coklat itu lalu membukanya.  Diteliti dokumen itu satu persatu. Disemak setiap butir ayat yang terkandung di dada dokumen dengan kerutan di dahi. “Apa ni?” ulangnya lagi sambil memandang tepat ke wajah Nalita.

Terkulat-kulat wanita itu memandang wajah Zain. Dia juga sebenarnya tidak tahu apa butir dokumen itu. Tugasnya hanya menyerahkan dokumen itu terus ke tangan Encik Zain. Tugasnya sebagai setiausaha membataskannya membuka atau membaca apa-apa dokumen selain dari arahan ketuanya sahaja.  Walaupun tugas setiausaha mengetahui semua urusan ketuanya itu tidak bermakna dia perlu mengambil tahu semua surat – surat atau dokumen yang tidak berkaitan dengan urusan kerja.

Zain memandang  Nalita dengan tepat ke anak matanya. Mustahil Nalita tidak mengetahui apa-apa berkaitan dokumen ini. Dia adalah setiausaha Tuan Haji Tarmizi, masakan dia tidak mengambil tahu urusan ketuanya.

Zain memasukkan semula dokumen itu di dalam sampul surat coklat dan melemparkan kembali ke Nalita. Dia tidak akan mengambil apa-apa tindakan dan tidak akan bertanggungjawab di atas segala yang terkandung di dalam dokumen itu.

Apa yang pasti, hanya masalah yang akan melanda jika dia mengambil alih tugas Tuan Haji Tarmizi itu. Sebelum ini, perkara sebegini juga pernah berlaku dan dia dapat mengatasi hal tersebut. Kini, dia akan lepas tangan dan menyerahkannya kepada yang membuat masalah.

“Awak tunggu sampai Tuan haji Tarmizi balik bercuti. Saya tak mahu sign dokumen ni.” Zain meraup mukanya sambil menggeleng perlahan. Hari ini hari yang sungguh penat baginya. Semua serba tidak kena. Supplier yang ditemuinya tidak menepati kehendak yang diinganinya. Sudah acap kali berjumpa tetapi masih tidak mendapat kata putus.

Zain bergerak menghampiri tingkap kaca. Berdiri sambil mencekak pinggang memandang kearah bangunan-bangunan yang tersergam indah. Bangunan mencacak ke langit   memenuhi pandangan matanya. Tali lehernya yang berwarna biru muda di lurutkan sambil tangan kanannya mengurut tengkuk.

-------------------------------------------------------------

Telefon di atas meja solek (meja A, B, C budak-budak je sebenarnya)  yang dipenuhi barangan solek Loreal Paris mengalunkan lagu Lovey-dovey T-ara meminta diangkat. Dari  jauh kelihatan Yuyi berlari untuk mendapatkan telefonnya sebelum deringannya terhenti sambil memegang sebatang senduk di tangan kirinya.

“Alaaa~” Pabila ingin sahaja menekan butang angkat, telefon itu berhenti berdering. Kelihatan 1 missed call di paparan skrin. Yuyi menunggu seminit dua takut-takut pemanggil menelefonnya kembali. Tiada. Teringat ikan yang sedang digoreng tadi. Terkocoh – kocoh Yuyi berlari ke dapur.

‘Hish! Kalau mak mentua nampak ni kompom da di cop  menantu hantu dan sangat pasti akan di sisih keluarga mentua huhu~ sadisnya. Ni la akibatnya selalu sangat tengok drama Korea. Kisah menantu dan mak mentua yang selalu tak sehaluan dan tak direstui keluarga. Yang pening kepala bapa mentua la. Haha~. Bapa mentua di sana macam dah tak de posisi untuk bersuara apatah lagi sebagai ketua keluarga. Ni cerita yang keluarga kaya raya la. Yang keluarga miskin masih mengekalkan tradisi bapa sebagai ketua keluarga. Bagus lagi miskan kan.

Nasib baik ikan x rentung. Boleh makan lagi ni cecah gan kicap tambah cili padi. Nyummm~ terliur’ bebelnya dalam hati sambil mengangkat ikan dari kuali dan diletakkan di dalam pinggan kaca.

Sedang Yuyi menceduk nasi untuk di letakkan di dalam pinggan, telefonnya kembali berdering. Segera dia mengangkat panggilan.

+ Assalammualaikum. Hello + ucapnya sambil meletakkan senduk nasi ke dalam pinggan.

= Waalaikumussalam. Hello Yuyi cap limau~ hehe~= kedengaran ketawa riang dari hujung talian.

+ Hah~ nape call tetibe je ni?. Nak bg aku kad tawen ye? +

= Haha~ Tanya khabar member salah ke? =

+ Hah! Aku tahu. Happy besday Cik Chiko~ ko memang tak pernah miss call aku tiap-tiap tahun. Mentang-mentang dapat call free satu hari ye hehe~ + Yuyi menggawang-gawangkan tangannya. Menghalau lalat dari hinggap di atas ikan gorengnya.

= Ok la tu, sekurang-kurangnya aku masih ingat member. Teman serumah time study dulu. Sekali dalam setahun kira okay la kan dari yang xpernah nak ingat langsung.=

+ Alhamdulillah, ingat juga ko kat aku.  Betapa bertuahnya badan ni. +

= Kau ingat lagi tak budak Jambu yang kau dok stalk depan blok rumah sewa hari-hari tu? = meledak tawa Yuyi pabila mengingatkan kembali peristiwa itu. Terasa mukanya kembali merah menahan malu.

+ Kenapa dengan Jambu? + tanyanya ingin tahu.

=  Dia sekarang da jadi chef di Hotel Blue Crystal. Hari tu aku ada Conference kat sana. Aku terserempak dia kat hotel tu, hensem teramat. Boleh gugur iman tengok dia lama-lama. Nak tahu yang lagi gempak?.=

+ Apa? Cer citer? + tidak sabar mendengar cerita.

= Dia kenal aku~ haha…terkejut beruk aku time dia tegur. Aku pula yang blur. Tetibe je mamat hensem tegur. Nak tahu yang lagi lagi lagi gempak?...= Atikah Azni a.k.a Cik Chika terdiam sambil tersenyum.

+Apa dia ni?...cerita la sampai habis Cik Chika uiii~...+ Yuyi bertanya teruja.

=Te…ka... la…..= Cik Chika bertanya dalam nada bernyanyi.

+ Ermm…dia mintak nombor telefon kau?! + Yuyi yang teruja mendengar  dengan lantang bersuara.

= Correction. Dia tak mintak nombor telefon aku. Dia minta nombor telefon kau.=

+ Hah??...+ jatuh rahang. Mindanya kosong.

= Dia mintak nombor telefon kau. = ulang Cik Chika.

+ Aku?... + Yuyi terdiam tidak percaya. ‘Boley percaya ke tak Cik Chika ni?’ Yuyi terus berdiam sambil memikirkan kata-kata Cik Chika. Terngiang-ngiang saja kata-kata Cik Chika di hujung telinganya. Dia menggeleng perlahan. Tersenyum sendiri. Malu.

Comments

Popular Posts