...Jenny vs Kelisa...
BAB 4
“Alia,
jom teman aku pergi satu tempat.” Ajak Yuyi ketika mereka berdua bersantai di depan
televisyen.
Alia
yang sedang baring sambil memeluk bantal menggeleng perlahan. Malas. Tidak mahu
berganjak walau seinci. Hari minggu adalah hari untuk santai-santai dan juga
hari untuk terbongkang depan tv.
Yuyi
memicit-micit tangan Alia dengan jari telunjuknya. Berkali-kali.
“Alaa,
jomlah~” ajak Yuyi sekali lagi. Begitu mengharap Alia sudi mengikutnya. Entah
kenapa hatinya begitu ingin pergi ke tempat itu. Sudah lama dirasakan mahu ke
sana tapi Yuyi hanya pendamkan saja.
“No~”
ucap Alia tegas.
“Kenapa
tak nak? Aku ajak teman je. Bukan suruh merompak pun huhu~ Boleh ye?” Yuyi
memandang Alia mengharapkan simpati.
Alia
mendengus. Bukan tidak kesian pada teman serumahnya itu, tetapi dia tidak mahu
Yuyi mengenangkan kisah yang telah lama terkubur itu. Yang berlalu biarlah ia
berlalu. Kerana yang akan merana nanti adalah Yuyi sendiri. Sudah berkali Alia
menasihatkan Yuyi supaya membuka lembaran baru dalam hidupnya tapi Yuyi tetap
berdegil.
Cintanya
yang satu. Hanya satu selain ALLAH. Berkali Yuyi menyatakan itu kepadanya tiap
kali dia mengutarakan bab yang satu ini. Degil. Tidak makan saman. Yang Yuyi
tahu hanya mengenang memori silam antaranya dengan cinta yang satu itu.
Yang
satu itulah kekal abadi dalam dirinya. Biar apa pun yang berlaku dia akan tetap
menjaga cintanya yang satu itu. Dia tidak sanggup untuk mengkhianati apalagi
berubah arah untuk membuka pintu hatinya. Akan ditutup kemas dari sebarang
anasir yang mampu untuk menghilangkan cinta yang satu itu.
“Meow~”
Terbuntang
mata Yuyi mendengar suara haiwan itu. Terus dia terduduk tegak menghadap Alia.
“Kau
dengar tak tu?”
“Dengar
apa?”
“Kucing”
Alia terdiam seketika. Punat MUTE ditekan di alat kawalan jauh. Focus untuk
mendengar bunyi yang diperkatakan oleh Yuyi tadi.
Senyap.
Pelik. Alia memandang Yuyi yang juga sedang tekun membesarkan telinganya.
“Tak
dengar apa-apa pun. Bunyi tv kot.” Setelah seketika dia menekan semula punat
MUTE di alat kawalan jauh.
Sejak
akhir-akhir ini. Yuyi kerap kali berhalusinasi binatang itu. Alia jadi pelik
memikirkannya. Adakah teman serumahnya itu telah terkena badi binatang berbulu
itu. Alia memerhati wajah temannya itu. ‘Nasib baik tidak tumbuh bulu. Kalau
tumbuh tak tahulah apa yang patut aku buat. Shave je la kot bulu-bulu yuyi nati
hehe’ Alia beristighfar dalam hati. Tidak elok berprasangka.
“Kenapa?”
Takut Yuyi melihat pandangan mata Alia. Tajam.
“Aku
rasa kau kena mandi bunga la yu.”
“Kenapa
pula masuk bab mandi ni?” Yuyi menggeleng
sambil tersenyum. ‘Ada - ada sajalah si Alia ni’
“Iya
lah. Aku tengok kau sejak akhir-akhir ni selalu sangat buat benda yang aneh-aneh. Takut juga
kadang-kadang tu. Tapi mengenangkan kau la satu-satunya housemate aku, aku
beranikan diri la juga. Kadang-kadang tu aku terfikir, rumah ni dah ada penunggu
ke? Tak pun ada makhluk alam lain ke yang dok tumpang tinggal bersama-sama dengan
kita ni?” Alia membuntangkan matanya. Bercerita dengan penuh emosi. Terasa meremang
bulu romanya pabila isu ini dibangkitkan. ‘Itulah, gatal lagi mulut murai ni
tegur benda-benda halus. Perihal alam ghaib ni jangan disebut-sebut. Kan dah terasa macam de orang perhati’ Alia
memandang sekeliling.
Yuyi
juga dengan spontan turut memandang sekeliling ruang tamu itu. Sesekali dia
menoleh memandang Alia yang duduk berteleku
riba.
“Hish!
Kau ni. Tiba-tiba buka cerita ni kenapa? Meremang bulu tengkuk gan bulu dada
aku tau tak.” Dia mengesot mendekati Alia.
“Patutnya
aku la yang takut. Kau yang bawa virus ni”
“Hish!
Mulut tu jangan dok pingpong-pingpong. Macam-macam la kau ni. Jom la teman aku.
Seram la dok rumah sekarang ni.” Yuyi
menggesa Alia bila dirasakan inilah masanya dia memujuk Alia menemaninya.
Alia
terdiam sejenak. “ Ok la. Jom.”
Comments
Post a Comment