Stay just the where you are


Pen di tangan diputar-putar. Pandanganya terus tertancap di hadapan. Drama sebabak melibatkan sepasang pasangan menarik perhatiannya.

Si awek berbaju ungu dan pasangannya, mamat bertopi hitam belang putih kelihatan bertegang mulut. Entah apa yang digaduhkan. Si lelaki bangun ingin melangkah pergi, si gadis pantas memaut lengan si lelaki.  Si lelaki dengan gagah merentas pautan si gadis sehingga membuatkan si gadis terdorong ke hadapan. Lantas berlalu pantas tanpa memandang si gadis yang tertunduk terduduk.

Pen di tangan terhenti. Memerhati sekeliling kalau-kalau ada sesiapa yang menonton drama sebabak sepertinya. Kalau-kalau ada sesiapa yang menolong si gadis yang tertunduk terduduk itu. Tiada. Semua pakat buat hal masing-masing. Jaga tepi kain sendiri.

Aceng bangun dari duduknya. Melangkah mendekati si awek berbaju ungu. Langkahnya terhenti pabila si awek berbaju ungu bangkit dari duduk dan terus melangkah pergi bersama titisan air mata di pipi.

***

Jojohanna merebahkan tubuhnya di atas katil. Scarf yang melilit lehernya ditarik kasar. Rambutnya yang berombak ikut beralun. Dikesat kasar air mata di pipi. Habis eye liner nya ikut mencair. Dah serupa the joker.

Dasar lelaki dayus! Dengusnya dalam hati.

Tak guna di kenang lagi. Life must go on jo! Kumbang bukan seekor. Lagi-lagi kumbang kurus keding macam si afif tu tak payah nak hadap sangat. You deserved a better person rather than that cicak kobeng afif.

Jojo bangun dari baringannya. Air mata tidak lagi mengalir. Rambutnya di ikat ekor kuda. Laci meja belajarnya di buka. 2 buah album dikeluarkan. Di belek satu persatu.

Paper bag coklat di balik susunan buku yang tebal diambil. Album tadi dimasukkan dalam paper bag. Digeledah almari di balik pintu. Dikeluarkan scarf pink, baju dan kotak yang menjadi kesayangannya hampir 2 tahun itu. Semua pemberian si cicak kobeng disumbat di dalam paper bag tadi.
Pintu biliknya terbuka.

"Jo, pe cer? Ak dengar macam-macam tadi kat cafe."  Soal jaja terus. Memerhati jojohanna yang diam di hadapan almarinya.

"Wey." Tegur jaja. Dah kena sampuk ke roomatenya ni? Jaja langkah mendekat. Menatap tepat ke wajah jojohanna. Mengucap panjang dia.

"Astaghfirullah. Hantu ke orang ni?." Di belek wajah jojohanna. Jaja gerak pantas ke almarinya yang setentang dengan almari jojohanna. Laju tangannya mengambil wet tissue. Terus duduk depan jojohanna dan mengerjakan muka comot yang kesedihan itu.

"Jaaaa~..."

"Hmm."

"Jaaaa~..."

"Iye."

"Jaaaa~..."

jaja terhenti menonyoh muka comot jojohanna. Dia lantas menarik jojohanna ke pelukan. Memberi kekuatan sbgai seorang sahabat. Esakan kecil jojohanna sehingga terhinggut bahu memilukannya.

Dia mengenali seorang jojohanna dari pra lagi. Mereka mula menjadi rapat setelah melangkah ke alam diploma. Dari semesta pertama hingga sekarang mereka menjadi roomate yang tak dapat dipisahkan. Bak kata pensyarahnya, kembar lain mak dan bapa.

Sakit jojo, sakit juga dia. Sedih dia, sedih jojo juga. Dari mula perkenalan jojo dan afif, dia tidak menyukainya. Tapi mengenangkan kebahagian dan kegembiraan jojo, dia tetap berikan sokongan. Dia hanya mahu yang terbaik buat  her besties.

"Syyy~..all is well." Bisik jaja smbil mengusap lembut bahu jojo.

"Aku sedih ja. Dia buat aku macam sampah." 

"Syyy~..all is well."

Air matanya dikesat. Pelukan dilerai. Jojo memandang jaja tepat ke mata. "Aku tak cantik ke ja? Aku kolot ke ja?."

Jaja menggenggam kedua belah bahu jojo. " Aku percaya, apa yang berlaku ni itulah yang terbaik buat ko. Don't question Allah's doing. Makanya nikmat tuhan kamu manakah yang kamu dustakan. "

Jaja menghela nafas panjang. Wet tissue tadi diambil. Kembali meneruskan mencuci muka comot jojohanna. Jojo hanya diam tidak berkutik.

"Jaaaa~.."

"Hmm.."

"Nanti ko temankan aku boleh?"

"Boleh."

Setelah diam seketika"jaaa~.."

"Hmm.."

"Kau geram dengan aku ke?"

"Taklah." Jaja menggeleng sambil berkerut dahi.

"Sakit. Kau sental kuat sangat"

"Opss..sorry. sorry." Kalut jaja mengusap wajah jojo dengan lembut. Jojo senyum dengan keletah jaja yang kalut.

***

Paper bag coklat diletakkan di atas tanah. Dikerling jaja yang berada di bawah pokok sedang berbual di telefon. Isi yang ada dalam paper bag itu dikeluarkan menjadi satu timbunan sampah.

Sekotak mancis yang dibeli tadi dikeluarkan dari saku. Cubaan pertama untuk menyalakan api. Sebatang mancis diambil lalu diseret ke sisi kotak mancis. Sekali. Dua kali. Batang mancis patah. Gagal.

Cubaan kedua. Batang mancis itu diseret ke sisi kotak mancis. Sekali. Dua kali. Tiga kali. Gagal. Belerang yang ada di sumbu mancis sudah kehabisan. Ish, apasala susah bebenor nk nyalakan api ni? Rungutnya dalam hati.

Dengan lafaz bismillah, cubaan ketiga dimulakan. Sekali. Dua kali. Tiga kali. Patah sekali lagi. Jojo mendengus nipis. Jaja di bawah pokok itu dikerling sekali lagi. Masih berkeadaan yang sama. Sedang berbual di telefonnya.

Ditiup-tiup sisi kotak mancis itu. Dengan harapan cubaan untuk menyalakan api berjaya. Batang mancis juga ditiup. Seretan batang mancis ke sisi kotak mancis dicuba sekali. Dua kali. Berjaya! Api dah nyala. Cepat-cepat jojo menghalakan api ke timbunan sampah. Angin bertiup. Padam. Jojo menghela nafas panjang.

Tanpa berputus asa, jojo mencuba sekali lagi. Sedang dia cuba menyalakan mancis, lighter hijau yang berlatarbelakangkan serangga dihulur dari hadapan.

Jojo mengangkat pandangannya. Keningnya terangkat sebelah memandang mamat berbaju hijau army yang sedang menghulurkan lighter.

Lighter itu diunjukkan beberapa kali ke arahnya. Jojo mendengus. Mat pit mana plak ni? Nak ambil ke tanak? Jojo berkira-kira dalam hati.

"Ambik la." Suara garau itu menyapanya....

To Be Continue

Comments

Popular Posts