BAB 3
'Muka kau kenapa pucat giler beb. Macam kena kejar dengan hantu. Pagi-pagi ni de hantu ke?.' Shamil tersengih melihat Yuyi. Lagi 2 minit sebelum pukul 8.00 pagi. Diperhatikan sahaja Yuyi mengetip kad perakam waktu. Dia sudah mengetip kad perakam waktu dari pagi tadi sebelum keluar semula untuk sarapan pagi.
Kini masa untuk kerja, dia harus menghantar En. Azmi ke Putrajaya sebelum pukul 9.00 pagi. Ada mesyuarat di Kementerian Pelancongan bagi kedatangan peserta-peserta dari negara Jepun sempena pertukaran pelajar-pelajar Jepun ke Malaysia. En.Azmi seorang yang punctual. Tidak boleh lambat walau sesaat. Pasti akan merah telinga dengan segala teguran dan nasihat yang berulang kali ulang di telinganya.
'What happen friend?' tanya Shamil terkebil-kebil.
'Heh~ yang ko ni concern sangat gan aku ni kenapa? Kau suka aku ea?..hehe~' Yuyi menjungkit-jungkit kening sambil tersenyum mengejek. Matanya merenung Shamil. Dalam. Lalu ditepuknya bahu Shamil sambil menggelengkan kepala.
'Hahaha...Muka kau da merah tu. Pergi basuh muke dengan klorox. Sikit-sikit nak sentap.' Adu Yuyi sambil terus melangkah ke tempat kerjanya.
'Kau memang kejam. Kau kejam!' marah Shamil. Shamil menekap mukanya dengan kedua belah tapak tangan sambil menggosok perlahan. Dia melangkah perlahan masuk ke dalam opis lalu berhenti di hadapan partition Yuyi sambil tersenyum pendek.
'Friend, kau ni jiwa kacau ye? Macam-macam la kau ni.' Yuyi sekadar memerhati ikan laganya yang berada di atas meja. Sekejap-sekejap dia menggosok balang kaca, mengetuk-ngetuk kecil balang kaca kemudian dimain-mainkan ikan laga dengan mencelur jarinya ke dalam balang kaca itu.
'Shamil! En.Azmi da tunggu kau kt depan. Jangan asik kacau anak dara orang.' Si penyibuk tua sudah bersuara. Shamil bergerak sepantas kilat.
Yuyi termangu seorang diri sambil memerhati ikan laganya. Naik seram bulu romanya bila teringat kejadian malam tadi.
**************************
Kejadian malam tadi:
Selepas menunaikan solat maghrib, Yuyi melangkah deras ke hadapan televisyen untuk melihat Agro Jurnal yang ditinggalkan untuk menunaikan perkara wajib. Jam menunjukkan lagi 5 minit ke angka 8.00 malam. Iklan sedang disiarkan. Kemungkinan siaran Agro Jurnal telah habis. Yuyi setia mendongak di hadapan televisyen dengan harapan Agro Jurnal belum habis lagi.
Alia di dapur. Entah sedang buat apa. Memasak ataupun membasuh baju di mesin basuh. Bunyi keletang keletung membingit telinga. Yuyi berlalu ke dapur melihat. Terperanjat bukan kepalang.
'Aaaaaaaaaaa~' Yuyi menjerit lantang Yang dilihatnya seekor anak kucing kuning petang tadi sedang bermain dengan lipas di bawah sinki rumahnya. Dia berlari masuk ke dalam bilik mencari kayu atau apa-apa batang yang boleh dibuat pemukul. Tidak sanggup rasanya mahu menyentuh badan anak kucing mahupun lipas yang pengotor itu.
'Kenapa wei?' Alia yang terkejut terus menyerbu bilik Yuyi. Yuyi yang tercungap-cungap terus tergagap lalu terbisu sekejap.
'Ish, kau ni kenapa? Penyakit sawan datang balik ke?' Alia menepuk-nepuk belakang badan Yuyi perlahan.
'Dapur...'
'Kenapa dengan dapur?'
'Dapur...'
'Ish budak ni.' Alia terus berlari menuju ke dapur. Tiada apa-apa. Diperhatikan ke segenap ruang yang ada, tetapi tiada apa-apa yang aneh. Tiada pencerobohan. Tiada kebocoran. Tiada apa-apa berlaku. Alia menggaru kepala.
'Ok..' Alia tarik nafas, hembus. Tarik nafas lagi, hembus. Cukup 3 kali dia menenangkan diri, dia berjalan ke sekeliling dapur, ke ruang tamu dan tempat terakhir ditujunya, bilik Yuyi.
Dilihatnya Yuyi sedang duduk di lantai memeluk lutut. Tanganya menggigil ketakutan. Yuyi dihampiri lalu Alia duduk dihadapan Yuyi cuba untuk menenangkan dirinya. Digosok-gosok perlahan bahu dan dipeluk erat agar Yuyi berasa tenang.
'Shhh~ da la tu. Aku kn ada dengan kau ni. Everything's is fine. Tak mahu la berair-air ni.' Alia memapah Yuyi untuk bangun. Dibentangkan tilam, dihempuk bantal 2, 3 kali dn dihamparkan selimut menutupi badan Yuyi. Dielus-elus rambut Yuyi sehingga Yuyi menutup mata. Alia bangun dan menutup suis lampu kemudian keluar ke ruang tamu selepas menutup pintu bilik.
Sambil matanya memerhati ke segenap sudut di ruang itu, Alia membuka suis kipas kemudian mengambil remote control televisyen. Rancangan seram sedang bermain di muka televisyen. Suara jerit pekik di televisyen memenuhi ruang udara di ruang tamu malam ini.
'Alaaaa...ape pulak la citer malam ni sume cenggini~ .' Terus dia matikan suis di remote control dan di televisyen. Juga suis kipas angin di dinding. Cepat-cepat dia berlari ke dalam bilik. Tidur lebih baik. ^^
|
Comments
Post a Comment